Wanita dalam keseluruhan jasad (bodinya) bahkan suaranya adalah aurat
atau hiasan yang hanya halal dan yang berhak menikmati adalah muhrimnya
atau suaminya yang sah. Batasan aurat yang boleh kelihatan (nampak)
hanyalah telapak tangan dan wajah (referensi : Al-Quran + Hadist).
Apabila seorang wanita keluar rumah dengan di hias-hiasi, maka
sebenarnya wanita tersebut telah menarik perhatian syaiton. Oleh karena
itu Islam mengajarkan wanita apabila keluar rumah agar aurat tertutup
rapi serta keluar atas dasar keperluan rumah tangga semata, boleh
berdandan tapi dalam batas sewajarnya.
13 Aurat Wanita
- Bulu kening
– Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening –
Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
- Kaki memakai gelang kaki berloceng – Dan janganlah
mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah An-Nur
Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan
badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya
dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
- Wangi-wangian atau parfum – Siapa sahaja wanita yang
memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu
mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan
tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal
kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari (Hadis Riwayat Nasaii,
Ibn Khuzaimah dan Hibban)
- Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain
tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari
(Surah An-Nur Ayat 31.)
- Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi
atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat
At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.
- Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di
rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang
jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut
Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti
orang Jahilliyah.
- Muka dan Tangan – Asma binti Abu Bakar telah menemui
Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai
Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja –
Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
- Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi
itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak
halal baginya – Petikan dari (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
- Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari( Surah An Nur Ayat 31.)
- Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 32.)
- Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari (Surah An Nur Ayat 31).Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
- Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)
- Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari (Hadis Riwayat Ibn Majah.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 59. )Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
Posting Komentar
[ Dofollow Blog ]
Hargai penulis dengan cara memberikan komentar di artikel ini ya sobat.
Dan berkomentarlah dengan kata-kata yang sopan.
Thanks